Tentang Wanita

Lama sudah tidak bermadah, 
Pena diangkat menyusun madah, 
Jiwa meronta riang tak sudah, 
Kerana dia ternampak indah. 

Siang malam ingin bersua, 
Namun takutkan pula dia berpunya, 
Ingin aku lafazkan cinta, 
Namun tiada upaya harta, 

Manis senyumnya buat ku cinta, 
Lebihi kasih sesama manusia, 
Petah lidahnya bila berbahasa,
Jadikan aku lebih bahgia 

Guraunya menggoda seolah mencinta, 
Tapi ku takut senda semata, 
Tetap ku sabar mananti masa, 
Saat berharta akan ku cerita. 

Akan kucuba untuk usaha, 
Meskipun nyawa jadi taruhan, 
Akan kucuba miliki dia, 
Sehingga pasti aku berjaya. 

Comments

Popular posts from this blog

pilihan.

Pantun 4 kerat 4 rangkap