Posts

Tentang Wanita

Lama sudah tidak bermadah,  Pena diangkat menyusun madah,  Jiwa meronta riang tak sudah,  Kerana dia ternampak indah.  Siang malam ingin bersua,  Namun takutkan pula dia berpunya,  Ingin aku lafazkan cinta,  Namun tiada upaya harta,  Manis senyumnya buat ku cinta,  Lebihi kasih sesama manusia,  Petah lidahnya bila berbahasa, Jadikan aku lebih bahgia  Guraunya menggoda seolah mencinta,  Tapi ku takut senda semata,  Tetap ku sabar mananti masa,  Saat berharta akan ku cerita.  Akan kucuba untuk usaha,  Meskipun nyawa jadi taruhan,  Akan kucuba miliki dia,  Sehingga pasti aku berjaya. 

Pantun 4 kerat 4 rangkap

 Dilema duniawi. Salam diatur pelapik madah, Agar pembaca terhindar amarah, Hasad yang dengki alami tak sudah, Hingga kau sanggup berkorban darah. Pohon kelapa penuh manfaat, Dari akarnya hingga ke pucuk, Kepada pencipta tiada kau taat, Bahagia duniawi lebih kau sibuk. Langit Yang gelap membawa rahmat, Adakalanya membawa bencana, Simpan dihati dendam kesumat, Lepas tak tentu dipandang hina. Hijau dedaunan penyedap mata, Berubah warna tanda akhirnya, Si yatim merana dirampas harta, Perampas bersahaja pura bertanya.

Merdeka

 Merdeka  merdeka merdeka Lafaz berkumandang tujuh laungan Tanda negara bebas penjajahan  Stadium merdeka saksi kemenangan Seluruh badan pasti meremang Laungan merdeka nenek dan moyang Hakikat merdeka mudah kau lafazkan Tanpa kau kenal wujud perjuangan Apakah merdeka hanya sebutan Ataupun simbolik lelahnya pahlawan Tercari-cari aku erti kemerdekaan Jika benar kita sudah merdeka Maka negara aman sentosa Jika benar kita sudah merdeka Maka diskriminasi tiada berbunga Jika benar kita sudah merdeka Tiada yang miskin papa kedana Benar negara bebas dijajah Apakah benar bebas rasuah Benar negara aman dan makmur Apakah benar berganding bahu Benar negara berbilang bangsa Apakah benar sering bercampur Kita bersama rakyat Malaysia  Tepukan bangsa sesama bangsa Eratkan perpaduan sesama kita Agar terserlah erti merdeka  Goyangkan penjajah perebut harta Tunjukkan mereka erti merdeka

pilihan.

Jatuh tersadung teruslah bangkit, Saat berdiri jangan mendongak, Asal merangkak jangan bersujud, Tetap bergerak menuju puncak, Sekiranya menyerah matlamat tercundang, Sekiranya melangit kelak dicemuh, Jikalau lemah elakan rasuah, Biarlah lambat asal bahagia, Hilangnya nakhoda karamlah kapalnya, Banyak nakhoda banyak arahnnya, Hilang nakhoda pegun kapalnya, Jahil nakhoda darat tak jumpa, Guru Carilah menggapai cahaya, Pilihlah pemimpin satu suara, Elaklah berangan tanpa dorongan, Jangalah memandai jadilah pandai, Akal di kepala bukan dilutut, Hati didada bukan dikaki, Tinggi tempatnya jelaskan caranya, Dilindung wujudnya disuruh jaga, Ntah la.

sesalan

Aku rebah tersembah manatang madunya lebah, Kerna yang manis membuat ku sinis, Mememandang rendah menyangkanya lemah, Aku lelah sesudah tersalah , Mencari yang lemah akhirnya kalah, Kini tersandar baru ku sedar, Dunia berputar menjadi segar, Dunia berputar memberi kabar, Dunia berputar ego terlonggar, Mula berbakti berserta sakti, Mencari berkah nikmat sejati, Menuai iman pengubat hati, Menimba ilmu sekuat jati, Ditolak dilema dirungkai pribadi, Mencapai puncak bersifat padi, Merentas hutan dibakar lalang, Hasilnya tanah subur berbudi, Capai lah mimpi biar menjadi, Jauhi api membakar diri, Kelak berguna elok pekerti, Menjadi contoh anak pertiwi, Sekian......azm

Coretan kalbu

Andai terungkap gelisah membara, Berkecai gunung terbelah langit, Andai terungkai keliru di minda, Nescaya tenang air dilautan, Andai terubat siksa rohani, Nescaya tenang air dilautan, Bersinar permata mendapat cahaya, Bersinar hati mendapat dorongan, Hitamlah kertas takala di lorek , Hitamlah hati disuntik noda kehidupan, Air disungai mula dihulu, Air dimata mula dihati, Terbang sang burung diajar ibunya, Lahirnya insan bersama pengajarnya, Sedarlah insan dibumi yang nyata, Hilangnya sejarah tiada ulangnya, Mulakan langkah mencapai puncak, Kerna yang indah bermulah payah, Kelamkan dusta mansuhkan sengketa, Elakkan durja ciumlah bunga,                                                    azamuddin                                               ...